SELAMAT DATANG DAN SALAM PERKENALAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/i kerana sudi mengunjungi Laman Web saya iaitu Nukilan Seorang Pendidik yang menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang saya, falsafah pendidikan saya, aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas dan galeri yang mengandungi gambar-gambar yang berkaitan dalam kehidupan saya sebagai seorang guru.
Tujuan laman web ini ditubuhkan pada asalnya adalah sebagai tugasan yang diarahkan oleh pensyarah iaitu Puan Nazuar Binti Sailin dalam subjek Developing Web Based Teaching iaitu sebagai subjek minor Teknologi Maklumat yang saya ambil. Namun, selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu E-Portfolio, saya dapat menggunakan laman web ini ke arah yang lebih berguna untuk menyampaikan serba sedikit pengalaman saya untuk bergelar sebagai seorang guru dan berkongsi pengetahuan yang saya ada berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diaplikasikan di dalam kelas.
Saya amat berharap saudara/i dapat memperoleh ilmu yang berguna daripada coretan saya dalam laman web ini iaitu Nukilan Seorang Pendidik dan semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan dengan orang lain.

Laman Web ini telah dikemaskini pada :
Klik di bawah untuk pautan lain